Penakrifan teknikal Tanah_lembap

Tanah lembap telah dikategorikan sebagai biom dan ekosistem.[3] Sesebidang daratan yang mendapat takungan air selepas ribut hujan tidak wajar dikira sebagai "tanah lembap" semata-mata kerana tanahnya menjadi lembap. Tanah lembap ada ciri-ciri yang unik, yang mana ia dibezakan dengan jasad air atau bentuk bumi yang lain berasaskan paras airnya dan jenis tumbuh-tumbuhan yang hidup di dalamnya. Tanah lembap tertentu juga disifatkan mempunyai aras air bumi yang berdiri di atas atau dekat permukaan tanah selama satu musim setahun yang cukup lama untuk menampung tumbuhan air.[3][7][8] Secara ringkasnya, tanah lembap ialah tanah yang terbentuk daripada tanah hidrik.

Tanah lembap juga diperikan sebagai sejenis ekoton yang menyediakan peralihan antara tanah kering dan jasad air.[9] Mitsch dan Gosselink menulis bahawa tanah lembap wujud "...di ruang hubung kait antara ekosistem daratan dan perairan sejati, oleh itu memang berbeza dengan satu sama lain, tetapi amat bergantung pada kedua-duanya."[10]

Takrifan Konvensyen Ramsar

Mengikut perjanjian pemuliharaan tanah lembap antarabangsa Ramsar, tanah lembap ditakrifkan seperti berikut:

  • Perkara 1.1: "… kawasan paya, rawa, tanah gambut, baik secara semula jadi atau buatan, tetap atau sementara, dengan air tergenang atau mengalir, air tawar, payau atau masin termasuk juga perairan laut yang dalamnya tidak melebihi enam meter pada waktu air surut."
  • Perkara 2.1: "[Tanah lembap] boleh mengandungi kawasan tebing dan tepi pantai yang bersebelahan dengan tanah lembap, serta pulau atau jasad air laut yang dalamnya melebihi enam meter pada waktu air surut di dalam tanah lembap".

Takrifan setempat

Di Amerika Syarikat, tanah lembap ditakrifkan sebagai "kawasan yang dibanjiiri atau tertepu dengan air tanah pada kekerapan dan jangka masa yang cukup untuk menampung, dan dalam keadaan normal boleh menampung, tersebar luasnya tumbuh-tumbuhan yang lazimnya tersesuai dengan kehidupan dalam keadaan tanah tepu. Tanah lembap secara amnya termasuk paya, rawa, bencah dan kawasan seumpamanya"[11]. Sesetengah negeri seperti Massachusetts dan New York mempunyai takrifan berasingan yang mungkin berbeza dengan peraturan persekutuan AS.

Rujukan

WikiPedia: Tanah_lembap http://www.for.gov.bc.ca/hfd/pubs/Docs/Lmh/Lmh52.p... http://www.alabamapower.com/hydro/glossary.asp http://www.articlemyriad.com/37.htm http://www.ens-newswire.com/ens/apr2002/2002-04-15... http://www.thewildclassroom.com/biomes/wetlands.ht... http://www.wiley.com/WileyCDA/WileyTitle/productCd... http://www.cpe.rutgers.edu/brochures/pdfs/1987-Arm... http://www.fws.gov/wetlands/ http://mapping2.orr.noaa.gov/portal/calcasieu/calc... http://naldr.nal.usda.gov/NALWeb/Agricola_Link.asp...